Ringkasan Eksekutif: My Cyber Hero (MYCH) 2026


Gambaran Keseluruhan Program

My Cyber Hero 2026 ialah inisiatif pendidikan peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan pendedahan keselamatan siber dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Program ini menggabungkan bengkel pembelajaran dalam talian dengan pertandingan simulasi interaktif untuk mendidik generasi muda tentang pertahanan digital.


Pihak Berkepentingan Utama

  • Penganjur: Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
  • Penganjur Bersama: Micro Concept Tech Sdn Bhd (MCT).
  • Penaja Tunggal: BlackBerry Technology Sdn Bhd.
  • Rakan Sokongan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).


Penyertaan dan Kategori

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah seluruh Malaysia di bawah dua kategori utama:

  • Rookie Cyber Hero: Untuk murid sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun.
  • Star Cyber Hero: Untuk murid sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun.


Setiap pasukan mestilah terdiri daripada tiga orang murid dan seorang guru pembimbing. Semua peserta layak menerima sijil dan disasarkan akan menerima pengiktirafan markah PAJSK peringkat kebangsaan.


Struktur Pertandingan

Program ini dibahagikan kepada dua fasa utama:

  1. Peringkat Kelayakan: Melibatkan bengkel dalam talian dan kuiz objektif dalam talian yang mengandungi 50 soalan dengan durasi maksimum 60 minit. Modul merangkumi teori sains komputer, rangkaian, pencerobohan siber, dan kecerdasan buatan (A.I.) dalam keselamatan siber.
  2. Peringkat Akhir: Sebanyak 16 pasukan terbaik bagi setiap kategori akan terpilih ke pertandingan bersemuka. Fasa ini menggunakan platform gamifikasi "Defend Your Fort" (DYF) yang dibangunkan oleh pakar tempatan di MCT untuk melatih kemahiran pertahanan siber secara simulasi.


Tarikh Penting

  • 13 April 2026: Pelancaran program dan pendaftaran dibuka.
  • 26 April 2026: Pendaftaran ditutup.
  • 28 & 29 April 2026: Bengkel peringkat kelayakan di dalam talian.
  • 11 – 14 Mei 2026: Kuiz peringkat kelayakan di dalam talian.
  • 9 & 11 Jun 2026: Bengkel persediaan untuk finalis di dalam talian.
  • 1 Julai 2026: Pertandingan peringkat akhir secara bersemuka (Defend Your Fort).

Ganjaran dan Insentif

Hadiah lumayan disediakan untuk pemenang, guru, sekolah dan juga negeri:

  • Hadiah wang tunai dan medal murid:
    • Kategori menengah:
    • Johan: RM4,000 / pasukan
    • Kedua: RM3,000/ pasukan
    • Ketiga: RM2,000/ pasukan
    • Ke-4 hingga ke-16 : RM450/pasukan
    • Kategori rendah:
    • Johan: RM3,000/ pasukan
    • Kedua: RM2,000/ pasukan
    • Ketiga: RM1,000/ pasukan
    • Ke-4 hingga ke-16 : RM300/pasukan
  • Hadiah wang tunai dan trofi guru pembimbing (mengikut ranking pasukan):
    • Setiap kategori:
    • Johan: RM1,000/ guru
    • Kedua: RM500/ guru
    • Ketiga: RM300/ guru
    • Ke-4 hingga ke-16 : RM100/pasukan
  • Manfaat Sekolah: Tiga sekolah terbaik bagi setiap kategori akan menerima kit pembelajaran A.I. Robotik bernilai RM3,600.
  • Anugerah Penghargaan: Trofi bagi kategori Negeri terbaik bagi setiap kategori kepada Jabatan Pendidikan negeri.

Klik sini untuk buka / muat turun Poster Utama (PDF)

CONTACT US

NATIONAL CYBER SECURITY AGENCY (NACSA)

National Security Council
Prime Minister's Department
Level LG & G, West Wing,
Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Center,
62502 Putrajaya, Malaysia.

FOLLOW US

Number of Visitors Last Updated
714,023 20 April 2026