Dimaklumkan bahawa Microsoft sedang mengalami gangguan perkhidmatan yang melibatkan Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR, serta berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber.

Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) disarankan untuk menyemak status perkhidmatan yang terjejas, memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu serta memantau perkembangan terkini daripada pihak Microsoft.

Sebarang gangguan yang menjejaskan operasi organisasi hendaklah dimaklumkan melalui saluran pelaporan sedia ada.


Pemakluman Gangguan Perkhidmatan Microsoft 365

Muat Turun Poster

CONTACT US

NATIONAL CYBER SECURITY AGENCY (NACSA)

National Security Council
Prime Minister's Department
Level LG & G, West Wing,
Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Center,
62502 Putrajaya, Malaysia.

FOLLOW US

Number of Visitors Last Updated
718,082 14 November 2026