Awas! Poster "Bantuan Laptop Percuma 2026" Adalah Penipuan!
Poster yang kelihatan rasmi ini sedang tular dalam kumpulan WhatsApp dan membawa mangsa ke laman palsu "Semakan Bantuan Malaysia MADANI". Hakikatnya, tiada laptop pun — matlamat sebenar penjenayah ialah merampas akaun Telegram dan mencuri data peribadi anda.
⚠️ MyCERT mengesahkan kempen phishing ini MASIH AKTIF.
🔍 Kenali taktik penipu:
- Poster dikongsi dalam kumpulan WhatsApp, selalunya oleh nombor luar negara (+62)
- Laman palsu minta nama penuh, alamat dan nombor telefon "Telegram yang aktif"
- Kod Telegram diisi automatik, kemudian kata laluan Two-Step Verification diminta
- Akaun dirampas dan digunakan untuk menyebar poster yang sama kepada kenalan anda
🛡️ Telah terisi maklumat? Segera:
- ✅ Telegram → Settings → Devices → Terminate All Other Sessions
- ✅ Tukar kata laluan Two-Step Verification (Settings → Privacy and Security)
- ✅ Maklumkan rakan dan kumpulan supaya tidak klik pautan yang dihantar daripada akaun anda
🔐 Amalkan 4 langkah keselamatan:
- ✅ Semak bantuan kerajaan hanya di portal rasmi berdomain .gov.my
- ✅ Jangan kongsi kod log masuk atau kata laluan Telegram
- ✅ Aktifkan pengesahan dua faktor pada Telegram
- ✅ Laporkan insiden siber kepada Cyber999: 1-300-88-2999 atau cyber999@cybersecurity.my
Kongsikan hantaran ini untuk lindungi keluarga dan rakan anda.
Rujukan: MyCERT Advisory MA-1511.112026