Malware Pencuri Data Boleh Baca E-mel & Kod OTP Anda!
Hati-hati! CAPTCHA palsu seperti ini merupakan salah satu cara Remus Stealer, malware pencuri data yang boleh baca e-mel & kod OTP anda, menyusup masuk ke komputer anda. Bila dah dijangkiti, akaun e-mel, bank dan kripto boleh digodam walaupun 2FA aktif.
🛡️ Ingat 4 perkara:
- ✅ Muat turun dari laman rasmi sahaja, jauhi perisian crack
- ✅ Jangan sesekali tampal arahan ke Run/PowerShell atas suruhan laman web
- ✅ Langkau iklan bertaja, taip sendiri alamat laman
- ✅ Sentiasa kemas kini Windows, pelayar & antivirus